JADIKAN TUHAN SEBAGAI KAWAN SETIA
Jadikan Tuhan Sebagai Kawan Setia
Jadikanlah Tuhan sebagai Kawan
Bawa Dia ke mana-mana senang untuk bertanya
Engkau tidak rasa keseorangan
Engkau terasa ada kawan setia yang mongering
Waktu hendak berbuat sesuatu tanyalah Tuhan
Waktu hendak sesuatu minta tolonglah kepada-Nya
Jika terasa takut ingatlah bahawa Kawan kan ada bersama kita
walaupun dia tidak di samping kita
Dia sentiasa memerhati dan mendengar rintihan kita
Waktu buntu tanyalah Tuhan
Kawan yang tidak pernah kecewakan kita
Engkau akan dapat pedoman dan panduan
Waktu rehat-rehat jangan lupa Kawan Setia kita
Kerana Tuhan tahu tentang kita
Mengapa kita melupakan Dia
walaupun tidak di sebelah kita
Waktu hendak tidur beritahulah Dia
Bahawa jagalah aku, Engkau boleh jaga aku
kerana Engkau tidak tidur
Di kala kita terjaga, berterima kasihlah kepada-Nya
Kerana Dia telah menjaga dan mengejutkan kita
Sucikanlah Dia dengan mengucapkan tasbih
kerana Dia bukan kawan biasa yang serupa
Barukan ikrar kita kepada-Nya
bahawa dia adalah Tuhan kita
Selepas solat kemudian pergi menunaikan kewajipan
bawalah lagi Dia ke mana-mana
Apa sahaja hendak buat jangan lupa tanyalah Dia
Kalaulah Tuhan kita boleh kita jadikan kawan hidup kita
Kita pasti selamat hidup dunia akhirat